Kaedah Ancaman bunuh

Ancaman bunuh boleh disampaikan melaui pelbagai media seperti surat bertulis, penerbitan surat khabar, panggilan telefon, blog internet,[2] serta e-mel. Sekiranya ancaman bunuh itu ditujukan kepada seseorang tokoh politik, ia juga boleh dianggap sebagai bentuk pengkhianatan. Jika ancaman bunuh itu menyasarkan lokasi yang serig dikunjungi orang seperti bangunan, ia boleh menjadi kepada ancaman pengganas. Kadangkala, ancaman bunuh adalah sebahagian daripada kempen penderaan yang lebih meluas yang menyasarkan seseorang atau sekumpulan orang.